“tatatata”

Setelah bersalaman dan berpelukan dengan teman-teman dan mengucapkan “selamat tinggal”, “jumpa lagi”, “drive elok-elok” dan “assalamualaikum”, saya pun masuk ke dalam kereta. Perjalanan dari Palong 2 (menghadiri kenduri kawen teman sepengajian di upm) ke Kuala Pilah cukup memeningkan kepala saya. Siapa yang dah lama tak melalui jalan kelapa sawit dan berliku-liku, memang boleh mual-mual pening rasa nak muntah sikit.

Tadi tumpang kereta orang, sekarang kena drive sendiri pula untuk pulang ke rumah di Tampin. Ohh dah dapat bayangkan jalan kuala pilah ke tampin. Risau termuntah dalam kereta. Ingat nak naik tidur di rumah Along, memandangkan kunci rumahnya dah diberi ke saya pagi tadi. Tapi takut terlajak tidur pula lepas tu malam baru sampai Tampin. Tak boleh-boleh.

Dengan gagahlah memandu pulang ke Tampin. Biasanya takut-takut nak potong lori, tapi kali ni mengumpul keberanian pasal nak cepat sampai rumah. Adalah dua tiga lori dipotong. huhu.

Sesampainya di rumah, saya terus mencari kelibat kereta Along. Kecewa kerana mendapati kereta tiada. Bermakna Husna pun tiada juga. Lalu saya pun dengan letihnya keluar dari kereta tanpa perasan ada yang memerhati. Tiba-tiba kedengaran suara menjerit “aaaa aaa tatatatata” di pintu. Bila dipandang ke arah suara itu, terus dia tergelak riang sambil menggoyang tangannya.

Saya senyum. Terus hilang pening mual segala. Husnaaaa. Terima kasih sambut maklang balik. haha.

Agaknya macam ni perasaan mak-mak balik kerja penat-penat bila tgk anak terus bersemangat.

*Catatan dari mak sedara yang over. Dah besar nanti baca tau husna.

🙂

Advertisements

kerana pernikahan itu

Kerana pernikahan itu bukan lah hanya tentang;

memakai pakaian yang indah-indah

siapa punya majlis yang lebih gah

alasan ingin melaksana sunnah

menghalalkan cinta yang kau kata fitrah

Kita semua tahu ia lebih dari itu.

Apa kau sudah sedia?

Syukur Allah masih minta tunggu.

Maka hati tolonglah, cuba seiring dengan akalmu.

Tolong.

 

 

 

 

halfway to housewife

Husna seorang budak yang baik.

Dia mampu mengajar seseorg untuk selalu bersabar. Hanya dengan karenahnya yang kadang2 sukar diduga.

Juga telah membuatkan seseorang lebih banyak berzikir daripada biasa. Setiap kali didodoikan tidur biasa diiringi alunan zikir.

Juga mampu mengejutkan seseorang bangun di malam hari dek melayani timing makannya lalu membuka kesempatan utk bersolat malam.

Itu sebahagian dari kebaikan dan manfaat yg dibawa oleh Husna, walau hanya berusia sebulan.

Semoga terus membesar menjadi insan yang bermanfaat kepada orang sekeliling, ya Nur Faidatul Husna.

Image

 

# bersyukur diberi kesempatan untuk menjaga anak kecil ini yang jauh dari ibu dan ayahnya. maklang sayang husna!

Telefon pintarr

Saya menampakkan ramai kawan-kawan saya sudah melalui proses evolusi telefon. Ramai yang sudah menggunakan telefon pintar. Kelihatan begitu mudah dan memudahkan.

Saya tahu, telefon pintar seharusnya lebih memintarkan kita, kerana segalanya di hujung jari. Tapi saya bimbang juga nak ada sebijik, bimbang telefon pintarr jadi lebih pintar dari kita. Atau kita sendiri kurang pintar dari telefon pintar.

Kenapa saya berkata begitu? Kalau dah 24 jam asik nak menghadap internet di telefon dengan kegiatan yg tidak berfaedah, saya ulang, tidak berfaedah, bermakna telefon telah berjaya mengawal kita. Tak ke menjadikan telefon lebih pintar dari pemiliknya?

 

Salah minta

Baru-baru ini saya dilanda ujian. Mungkin ada yang fikir benda kecik mungkin juga ada yang pikir perkara besar. Besar atau kecik ujian itu, ujian tetap ujian. Datangnya ujian penuh dengan pengajaran-pengajaran yang harus difikirkan dan kemudian dipelajari. Kalau tak, sia-sia lah ujian itu didatangkan jika kita hanya nak menang sedih sahaja.

Akibat ujian ini, saya manusia biasa yang lemah telah mengalami sedikit gangguan mental. Lantas saya menyuarakan kepada kawan saya.

Aku takde mood dah nak buat fyp aku. Aku takde mood nak meneruskan sem ni. Aku ingat nak tangguh sem la.” kata saya dengan muka mintak simpati.

Lantas kawan saya menjawab

Ko jangan nak buat aku rasa nak muntah

Saya terpinga. Rasa nya saya dah buat muka mintak simpati tadi. Bukan mintak muntah. Lalu kawan saya menyambung,

Ko jangan nak buat aku rasa nak muntah. Alasan ko tu tak munasabah langsung utk ko tangguh sem yg dah nak abes ni. Ko nak tangguh sem lagi lah menyusahkan hati mak ayah ko.”

Saya angguk-angguk. Make sense. Walau pun saya bergurau je td, tp dia explen dgn baik jugak. What a good friend. ~senyum~

Yang tak terucap

Antara perkara terakhir yang kita nak buat dalam dunia ni adalah menyebabkan kesusahan kepada kedua ibu dan ayah kita dan melihat mereka risau memikirkan kita.

Dan perkara pertama yang perlu dibuat sangat sangat sekarang ialah berjumpa dengan mereka dan memohon maaf kerana dari dulu hingga sekarang tak pernah gagal menyusahkan dan merisaukan mereka.

Jika aku perlu lihat mereka menangis lagi kerana aku, biarlah tangisan itu adalah tangisan kegembiraan dan kesyukuran.  Moga Allah beri kesempatan untuk berbakti dan menjaga mereka sehingga akhir hayat.

Buat kesayanganku mama dan ayah.

doa untuk ibu bapa

MInd vs Body

speed

Tinggal kurang dari 2 bulan dari sekarang, bakal bergelar graduan. Kalau dalam perlumbaan, ni lah masa nak pecut. Studen Final Year, nak sibuk dengan apa lagi kalau bukan Final Year Projek (FYP). Penat, memang penat. Kekadang rasa boleh pusing biji mata ni baca jurnal, taip huruf di keyboard dan menghadap skrin di mana proses itu berlaku secara berselang seli dalam tempoh lebih satu jam. Kadang-kadang 2-3 jam juga. Mau tak rasa macam nak tercabut biji mata?

Penat biasanya akan mengundang ngantuk. Ngantuk ubat dia tidur lah kan. Tapi kalau nak layan ngantuk je, kerja yang banyak sampai bila nak siap. Jadi tanam dalam kepala, your mind is stronger than body! Its all about controlling your mind.

Jadi kalau malam ni, draft FYP tak siap lagi tp tetap nak tidur melayan ngantuk,  terbukti lah kelemahan mengawal akal sendiri. Kalah. Kalau perang kecik sekecik kuman ni pun boleh kalah, macam mana nak hadap segala obstacles yang sebesar gajah besar dia kalau nak dibandingkan dengan kuman atau pun lebih besar lagi dari gajah, kat dunia luar universiti sana? Lagi lah perlu ketahanan akal yang tinggi. Kalau tak, habis lah. Habis..

Jadinya, bila baca Mathurat pagi petang, highlight lebih sikit lah part

“Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

Ni monolog saya. Pesanan untuk saya. Juga untuk teman-teman. Yang sekapal ngan saya.

Selamat bermujahadah!~

Untuk First-timer

Politik tu kotor. Kotor! Menyampah aku. Rimas.

Hmm.

Pernah saya menaiki teksi pakcik yang berbangsa India, beliau memecah sunyi dengan bertanya mengenai kos yang saya ambil di UPM. Saya berbalas sepatah-patah. Bukan lah saya tidak mahu beramah, tapi hanya sikap berhati-hati membatasi. Teringatkan pesanan orang-orang tersayang.

Beliau teruskan soalan dengan skop kerja, gaji basic dan sebagainya. Perbualan makin rancak, pakcik ni macam educated juga orangnya, analisa aku. Dia kelihatan banyak tahu. Mesti memang kaki borak dengan semua yang naik teksi dia. Dan juga mungkin seorang yang banyak membaca. Yalah, kita boleh beza kan orang yang banyak membaca dengan tak. Ke tak?

Perbualan berunsur politik bercambah. Minat aku mula tertarik. Dari isu gaji basic, ke permit teksi, ke projek kroni. Ternyata beliau ada nada kesal dan marah. Ya aku faham. Isu tersebut semua bersangkutan dengan hidupnya. Gaji basic anaknya, permit teksinya, semua mempengaruhi ekonomi hidupnya. Kehidupan beliau terkesan dek ketidakadilan pentadbiran semasa.

“Kalau macam ni sampai bila kita nak rasa senang…”

Ha, ada ke yang nak kata siapa suruh tak belajar rerajin dulu, dah keje bawak teksi je, terima jelah kenyataan. Nak senang berusaha lebih lah!

Serius kering hati anda…

Saya membesar bukanlah dalam keadaan buta isu politik. Ingat lagi masa tahun Anwar Ibrahim dipenjara tu, ayah makan sambil2 bangun pi tengok berita kat ruang tamu. Ayah kisah isu politik. Mak juga. Bila mereka bersembang saya dengar jugak. Cuma waktu muda tak berapa nak endah. Sebab apa tak endah, sebab tak effect apa pun kat aku kalau aku kesah ke tak!

Bila masuk uni, Alhamdulillah bukan setakat belajar baca buku untuk score setiap final exam, tapi belajar perkara-perkara tak masuk exam jugak. Belajar menilai. Belajar cakna. Dulu perkataan cakna pun tak tahu apa maksud. Haha.

Pilihanraya kali ni saya dah boleh mengundi. Serius rasa semangat. Mengundi ni bukan je takat pi mengundi ikut gerak hati, then tengok siapa menang pastu dah pasrah je apa jadi next five years. Serius hidup kita akan datang, kita boleh corakkan dengan undi kita ni lah ha. Nak nak umur semacam saya, 5 tahun akan datang memang kritikal untuk bina ekonomi, bina keluarga, bina kehidupan.

Itu isu kealertan kita. Bagaimana dengan soal tanggungjawab memilih pemimpin.  Kita yang mengaku Islam sebagai agama rasmi yang bukan sahaja dalam IC harapnya, kita perlu faham dan jelas juga mengenai ciri-ciri pemimpin yang seharusnya kita pilih. Pemimpin kita bukan hanya boleh mentadbir, tapi boleh menerapkan hukum Islam, melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar. Kita yang benci pada kemaksiatan dan kemungkaran pasti sedar ada yang tak kena dengan sistem pentadbiran negara kita selama ini.

Jadi untuk mengelakkan ada unsur-unsur menghasut kat sini, buatlah penilaian. Jangan buat tak tahu. Kalau konfius jugak nak undi siapa, ha tanya lah Ustaz Azhar Idrus. hehe

## Sesiapa yang mengabaikan politik, akan jadi mangsa politik.

Sedih.

Hariku

Alarm berbunyi. Bingit. Segera dimatikan bunyi itu. Masih awal. Sekejap saja lagi. Biar aku tidur sekejap saja lagi.

Alarm berbunyi lagi. Aku bingkas bangun dan bersiap untuk tahajudku. Dalam kegelapan itu, tiba-tiba lampu dinyalakan. Tahajudku terganggu.

Ahh, rupanya lampu dihidupkan kawan sebilik. Ku lihat aku masih terbaring malas. Aku bingung. Berfikir.  Lambat-lambat akalku mula mendapat kewarasannya. Mimpi ku menipu aku lagi. Ku lihat jam di telefon, 6.45 tertera. Alamak, ini sudah lewat. Sekali lagi aku bangkit Subuh lewat.  Marah dengan diri sendiri, aku lantas meninggalkan selimut dan bantal. Kalut aku menunaikan solat, lantas bersiap. Kuliah perlu dihadiri dan pelbagai perancangan dalam planner hari ini perlu ditunaikan.

Petang itu aku masuk ke bilik. Suis kipas dibuka, alangkah bagus jika kipas ini boleh sejukkan hati aku yang panas ini juga, aku terdetik. Ku letak buku-buku di atas meja. Beg yang disandang dilurutkan, lalu ku cari telefon di dalamnya. Telefon, mana telefon? Lalu aku terperasan, pasti telefon aku tertinggal di perpustakaan. Sudahlah dimarahi petugas library semasa hendak meminjam buku, tertinggal pula telefon di sana. Apa ini. Semua serba tak kena. Aku beristighfar. Ku pejamkan mata. Pejam rapat. Zikir. Zikir. Hatiku perlahan tenang. Setelah ku rasa sejuk, ku buka langkah perlahan menuju ke perpustakaan semula. Hala tuju selepas ke perpustakaan telah ku tetapkan, berjumpa dengan kak Naqibahku.

Malam itu, setelah selesai urusan, aku masuk ke bilik, bersedia untuk tidur. Wudhu’ sudah diambil, doa sebelum tidur sudah dilafaz, aku tutup mata, tenang. Kata-kata kakak terngiang di kepala. Beralun bersama zikir yang ku baca. Sehingga aku lena.

Alarm berbunyi bingit. Aku buka mata. Lihat telefonku, 5.30 tertera. Aku tersenyum, tenang. Lantas ku bangun. Sempat ku cubit pipiku, memastikan ini bukan mimpi. Lalu aku melangkah ke bilik air perlahan. Wuduk diambil rapi. Qiam, Subuh dan Mathurat. Syukur di pagi ini masih punya nafas. Setelah telekung dilipat, aku mempersiapkan diri. Ketenangan pagi ini terasa luar biasa sekali. Senyuman terukir.

……………………

“Kak, kenapa hari ini saya rasa serba tak kena. Saya mcm tak berapa alert, and banyak cuai”

“Kadang-kadang, kualiti hari kita bersangkut rapat dengan bagaimana kita memulakan hari kita, dik.”

Past tense story~

Saya di awal usia sudah terbiasa mendengar lagu lagu English bergenre rock dari MCR, Muse, Simple Plan, Green Day, All American Reject dan yang seangkatan dengannya. Bukanlah saya memang sangat meminati musik seperti itu. Tapi ianya adalah kerana pengaruh yang dibawa oleh adik saya pada zaman belasan hingusan kami. Ya, adik lelaki saya yang sorang tu.

There is a moment when my sister and elder brother went to boarding school, and its just me and my adik left at home. So, I guess thats how we started to build good relationship together. Ya, we used to be like long last enemy during our childhood. Jadinya nak cerita, during that moment lah apa yang adik dengar, saya terdengar sekali. Simple. haha

Jadi bila dah masuk zaman young adult ni, dah makan banyak tahun jugak lah tak terdengar lagu macam tu. Bila terjumpa dalam folder kawan, terasa nak dengar semula. Its more like to recall back my teenage memory. Yalah, tak biasa ke rasa, bila dengar lelagu lama, kita akan terbawa ke kenangan yang sezaman dengan lagu tu. Surprisingly, some of the lyrics masih lekat dalam kepala. Kagum lak rasa dgn sistem memori kita, walau dah lama tak dengar, tapi ia ada je mcm tersimpan kemas dalam laci memori.  Kawan cakap, “boleh tahan jugak kau ni”

Mengenangkan masa lampau membuatkan saya bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini. Mengingat masa lampau membuat saya berfikir apa akan jd sekiranya saya biar saja diri saya sama dalam keadaan yang dulu tanpa sekelumit pun usaha mengislahkan diri. Merenung semula masa lampau mengingatkan saya pada perkara-perkara yang tidak mahu diulang semula. Ahh, terlalu banyak masa lampau mengajar. Sekali sekala, ingatlah semula, dan beriktibar darinya.

….

Recently bila terbaca kisah MCR nak bubar, saya pun pergi lah cakap kat kawan, “weh MCR nak disband lah. Lagu depa best2 kot dulu”.

Kawan cakap “Aku rasa ko jelah kawan yang aku jumpa yang berketerampilan mcm ni, tapi ada dgr lagu2 yg macam ni”

Saya senyum je sambil terdetik dalam hati, Nak buat guane, dah sebahagian dari masa lampau.