Masjid Selat Melaka

Pada hari ahad lepas kami ke Merlimau, Melaka untuk melihat-lihat tempat abang saya bakal training bulan Julai nanti. Selepas melihat kawasan sekitarnya, ayah membawa kami ke Masjid Selat Melaka. Kami sampai di sana sekitar pukul 6 petang. Saya yang agak mengantuk, terus segar disapa angin pantai. Masjid tersebut dibina di tepi pantai, atas permukaan laut. Cantik. Ramai yang berkumpul di perkarangan masjid, di atas batu-batu, menikmati angin pantai sambil menunggu Maghrib barangkali. Kelihatan juga beberapa orang Cina memegang kamera DSLR berkumpul di satu kawasan.

 

Sementara menunggu masuk nya waktu Maghrib, kami mengambil peluang jalan jalan sekitar masjid. Kemudian, kami lihat kelompok orang Cina di sudut tadi menjadi makin ramai. Masing masing menyediakan kamera di atas tripod, dan sedang menunggu sesuatu. Ayah yang jadi kepelikan, pergi ke sana untuk bertanya apa yang ditunggu. Kebetulan ada seorang pakcik yang turut menunggu di situ. Pakcik itu yang menerangkan pada kami, katanya mereka sedang menunggu matahari terbenam dan azan, kerana shot pada waktu tersebut, gambar akan menjadi sangat cantik.  Waktu gambar akan jadi cantik tak lama, antara waktu matahari dan tenggelam, dengan nak dekat azan Maghrib. Pakcik tu yang juga pakar DSLR, pernah snap gambar pada waktu tersebut, dan jual di internet. Saya dan abang pun apa lagi, dengan berbekalkan kamera HP kami yang tak seberapa, ambil gambar beberapi kali, agar tak terlepas shot yang cantik yang dikatakan pakcik tersebut.

 

Inilah antara hasil hasilnya. Tapi oleh kerana guna kamera HP je, kualiti tak berapa bagus dan ada edit edit sikit sini sana.

 

 

Kalau nak tengok yang hasil DSLR punye haa ni dia (dapat dari google)

 

 

Cantikkan? Nak tengok banyak lagi google je. ^^


Bila azan berkumandang, umat Islam yang duduk duduk di luar masjid mula melangkah masuk untuk menunaikan solat Maghrib. Indahnya senario senja itu, Subhanallah.

“Dan Dialah Allah yang telah menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, (sedang semua itu) bergerak beredar di landasan masing-masing”   (Al-Anbiya’ : 33)

 

 

*Kepada yang bakal berkunjung ke Melaka, jgn lupa singgah di Masjid Selat Melaka! ^^

Advertisements

One thought on “Masjid Selat Melaka

  1. syahirah says:

    cantiknye mimi…
    subhanallah
    bes la da pandai drive..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: