Ctrl + Alt + Z

 

Seringkali bermain dengan adobe photoshop, sy tidak pernah risau untuk membuat silap. Kadang kala sengaja membuat kesilapan, trial and error demi mendapat hasil yg baik. Ia adalah kerana, bila saja sy membuat kesilapan, sy tahu wujudnya cara untuk kembali semula kpd keadaan yg asal, iaitu hanya menekan Ctrl + Alt + Z. (undo button)

 

 

Tapi hakikat kehidupan tidak begitu. Tidak mungkin kita bisa berundur semula kpd keadaan yg asal setelah kita membuat sesuatu keputusan. Tidak mungkin sama sekali.

 

Oleh kerana itulah, membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan yg penuh kedilemaan ini sememangnya sangat sukar untuk sy. Benar, bukan kehidupan namanya jika hidup tiada ujian dan cubaan. Kerana dilema yang sering wujud inilah yg membuatkan diri sering menjadi serba salah dalam setiap apa yang dilakukan. Serba salah bukan kerana apa yang dibuat itu salah (kadang-kala berlaku kesalahan), tetapi serba salah dalam mahu menilai dan membuat keputusan untuk diberi fokus dan lebih perhatian.

 

Kerana, setiap keputusan yang diambil akan mengakibatkan natijah yang tersendiri. Sama ada baik atau buruk, banyak yang baik atau banyak yang buruk, kesan jangka pendek atau panjang, semua itu perlu menjadi timbang tara.

 

Pembelajaran dari sekolah kehidupan. Dahulunya, seorang sy ini sering melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Sering berbuat sesuatu mengikut keinginan sendiri. Dan natijah dari kesilapan-kesilapan dahulu, ia sering mendatangi fikiran pada masa kini walau sekuat mana cuba lupakan. Walau seboleh-boleh cuba untuk melihat ia dari sisi positif, tapi tetap, ia adalah kesilapan yg dikesali. Dan sungguh, perasaan kesal itu bukanlah perasaan yg menyenangkan.

 

Tiada Ctrl + Alt + Z dalam kehidupan ini.

 

Hanya pada Allah segala pergantungan. Moga setiap pilihan dan keputusan kita, mendapat redhaNya.

…..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: