versus!

“mimi penah baca x novel versus? “

“pernah dgr tapi x pnah baca. best ke buku tu? buku hlovate kan? “

sy tahu kewujudan buku2 hlovate tp x pnah rasa nk cari. dalam kepala, buku2 cinta jiwang kut.

“bes mimi.. cerita ttg camne watak laki dan perempuan ni berubah 180 degree dr kehidupan lama, men skate board ke kehidupan yg lebih diredhai. watak utama dia minn bla bla bla..” roza yg sememangnya mmg suka bercerita mula lah start dr kulit depan sampai kulit blakang buku tu kot. huhu ok gak, tak sepi perjalanan pulang dr main camp ke kolej.

Bila dah dgr cerita roza, rasa mcm dah baca satu buku. but still, rasa nk beli jugak. lalu mula la pencarian ku. berbekal voucer hadiah dr perdana menteri kt yg baik hati, asal jumpa kedai buku, cari versus. tapi x jumpa, mungkin sbb buku tu dah lama.. kawan sy baca waktu sekolah menengah lagi….

hingga lah baru-baru ni pergi ke Pesta Buku Islam di Putrajaya, bertemu jua dengan buku versus yg dicari-cari. excited2. pulang dan simpan elok2 di rak buku, sbb kerja terlalu byk utk disetelkan. masa pula seakan berlari laju minta dikejar.

dan tadi, harus pulang ke rumah atas urusan kekeluargaan dan meleraikan sedikit keserabutan di kampus, sy mencapai buku versus, koyakkan balutan plastiknya dan masuk ke dalam bag sebagai peneman.

sepanjang perjalanan serdang-rembau, sy ralit menyelak dari satu muka surat ke satu muka surat. okey, kisah cinta. tapi, sarat mesej dakwahnya.

Alhamdulillah bila selesai baca, saya mendapati buku ini sangat sangat bermanfaat untuk diaplikasi dalam kehidupan. Bukan novel biasa. Kisah perubahan/penghijrahan yang digarap dengan tersusun.

Bercakap mengenai perubahan, sy melihat, orang sekeliling sy, mereka dekat sgt dah pada perubahan. jika lukis graf, sikit lg nk sampai turning point. tapi seolah olah ada yang menarik mereka dr menuju turning point itu. mungkin jika boleh sy cuba memahami berdasarkan pengalaman yg tak seberapa, boleh kiranya sy masukkan dalam senarai, antara puncanya

1.persepsi org terhadap kita, terutama yg rapat dgn kita.

2. risau boleh istiqomah atau tidak.

3. malunya, byk tak tahu, segan ngn org yg baik2 yg lain yg mcm byk sgt ilmu.

4. takut org xnak dekat.

sebahagiannya lah ni. pasti ada 1001 sbb lagi kan. Allah.. teman2, ketahuilah, sungguh, to make a first step mmg selalu susah. tp keindahan selepas itu sgt lah menenangkan. belum citer keindahan yg bakal diperoleh di akhirat kelak, insyaAllah.

teman2, jika soal pengetahuan yg anda risaukan, ketahuilah, merangkak mencari jalan kebenaran tu sebenarnya sungguh seronok.

jika sekarang, anda sedang berpacaran, dan anda ingin menjejak turning point dlm hidup, tp anda sgtlah x sanggup utk meninggalkan si dia.. cinta. cinta sungguh, tak boleh hidup lah pendek kata tnpa si dia. Haa, nanti2 dulu la kata anda sudahnya. benar? ahh memang susah. siapa kata mudah. kalau ada kudis, gatal2, garu sedap kan? tp luka lepas tu pedih kan? kena air lagi pedih.. tp if sapu ubat elok2, pedih kan? tp ofkoz lah effect dia, hilang kudis tu, kulit pun sihat kan..( hmm, cam x proper lak contoh ni haha) begitu jualah dgn isu ni. ini lebih kpd yg mana bila di saran kawin, jwapan nya xmampu lagi..belum masa lagi.. bak sini 10 ribu.. huhu tp andai semampunya boleh menikah, pastinya, itu jalan terbaik! kemudian carilah titik perubahan bersama 🙂

contoh lain pula, jika sekarang, anda melihat teman2 len lancar laju membaca al mathurat, melihat buku mathurat tp mata terpejam,  nampak sgt dah hafal, tp anda merangkak, dari satu ayat ke satu ayat, terbehenti kejap sbb x dapat ikut, tup tap dah habis je.. sbb dulu tak sekolah agama, tak amalkan pun mathurat dlm kehidupan seharian, jadi segan itu menebal. tapi anda jgn tak tahu, mereka itu juga sebelum menghafal, merangkak juga seperti anda sekarang. proses itu semua org lalui.. pada akhirnya anda akan senyum sendiri, mengenang proses merangkak anda itu.. bgaimana ia membawa anda pada hari ini….

jadinya, carilah turning point anda. perkara yg baik Allah pasti mudahkan. suka juga sy promote buku versus ini, it’ll motivate u well.

buat awak yg mahu berubah

berubahlah, walaupun payah

berubahlah, ke arah hidup lebih indah

hidup dan masa muda di dunia sekali cuma

sanggup sia siakan tanpa redhaNya?

Versus; Hlovate~

Advertisements

4 thoughts on “versus!

  1. ayuematnor says:

    yup, novel yg bagus 🙂 mybe ada yg ckp boring sebab.. mereka atau saya jgak mengharapkan kisah percintaan semata2

  2. lalulalang says:

    best ke novel hlovate nie??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: