Antara Rehat, Korea dan dot dot dot

Cik M (bukan nama dalam IC) tersenyum lebar. Beliau yg baru pulang dari Program-yg-dia-jadi-ajk duduk kelegaan di kerusi sambil memandang ke dinding biliknya.

Lepas satu lg tanggungjawab. Lagi nak buat apa petang-petang ni ek. Assignment semua dah setel. Exam lambat lagi. Hmm nak buat apa ye. Hmm minggu ni penat sangat la rasa. Macam-macam perkara kena uruskan. Program itu, program ini. Jadi, petang ni aku ingat nak rehat kejap. Adakah okay kalau aku layan drama korea kejap? Hmm

Cik M pun pergi ke bilik kawannya yg mempunyai hobi melayan semua jenis perkara yg berasaskan korea, lalu menghulurkan external hard disk nya.

“mintak cerita korea sikett” kata cik M.

Bila dah dapat sikit cerita korea, cik M masuk ke bilik dan menutup rapat pintunya. Jam demi minit pun berlalu. Selepas satu episod, cik M menyambung ke episod seterusnya. Berhenti solat, sambung semula, sampai lah tengah malam, dan bila mengantuk, cik M pun mahu masuk tidur. Sebelum tidur, kerana penat menonton cerita korea, cik M lupa membaca doa tidur, tapi sempat berniat, esok aku nak abeskan episod berbaki, lepas ni dah sibuk balik, takde masa dah nak tengok… Dan esoknya, cik M menyambung cerita tersebut, dan seterusnya boleh lah sambung sendiri cerita ni ikut kreativiti masing2. hehe

Di satu dunia lain yang tak nampak dengan mata kasaq…

Cik S (bukan nama dalam IC gak, sbb makhluk ni takde IC), berasa sedih. Minggu ni sangat busy baginya. Semua usaha yang dibuatnya tak menjadi. Puas dia melakukan kerja yang memang dah sebati ngan jiwa dan raganya, kalau nak bagi pangkat, dah lepas PhD lah. Tapi, tak membuahkan hasil pada kali  ini. Cik M begitu kebal dan kental. Panas sungguh cik S melihat kesungguhan cik M bersengkang mata menguruskan program dan segala bagai lagi.

Tak boleh, tak boleh. Kalau cik M rajin sesangat camni, aku kena lagi rajin. Cik S tak pernah putus asa. Rehat? apa tu? cik S tak tahu apa maksud rehat. Kerja nya diteruskan hinggalah satu petang itu, cik S melihat ruang dan peluang terbuka juga akhirnya. Bisikannya untuk melalaikan cik M, terkesan di hati cik M. Cucuk dan cucuk, akhirnya, cik S tergelak besar. Dah berjaya. Masa untuk melancarkan strategi seterusnya. Matlamat masih jauh lagi ni. Berdedikasi sungguh cik S dengan perjuangan nya bukan?

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas”. (Al Hijr: 39–40) 

kita selalu cari masa nk berehat. syaitan tu, tak pernah berehat, tahu? takkan nak kalah dengan makhluk yang Allah sudah janjikan neraka ini?

(ketuk2 kepala sendiri)

Berjuang perlu ikhlas, berehat jangan sampai lalai. Ada sahabat kata, berehat dalam kubur nanti lah. Macam best kan? =)

Advertisements

2 thoughts on “Antara Rehat, Korea dan dot dot dot

  1. nohiman says:

    nota penting, berehat dalam kubur nanti.
    fact:manusia tak kan mungkin hanya berehat ketika dalam kubur, diri saya -.-
    menarik mi, menarik. ingatkan cik s tu kwn cik m yg bg stok korea tadi

    • Bintu Aris says:

      org yg soleh, Allah lapang kan kuburnya, dan dia ditidurkan sehingga lah tiba hari qiamat.
      mungkin itu yg dimaksudkan dgn berehat di kubur.
      maka matlamat kita, kena berusaha jd hamba Allah yg soleh! =)
      oh bukan, kawan yg bg citer korea tu x bersalah dlm cerita ni. heehe~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: