Agen-agen Islam

Pada suatu pagi yg hening, saya sudah dipaksa memerah neurons neurons yg masih dalam mood tidur oleh seorang kawan lama. Beliau bertanyakan mengenai orang yang mengikut tarbiyyah, pung pang pung pang di pentas umum tapi dalam bilik sendiri, kadang kadang subuh pun langgar. Saksi dengan mata sendiri katanya. Dalam berkawan pula memilih, tak bergaul dengan yang biasa-biasa. Dan ayat penyudah soalannya yang sentap, macam mana kita nak ikut tarbiyyah kalau orang yang ditarbiyyah pun macam tu?

Ah sudah,  rasa macam kena tampar, terkejut abis neurons semua.

Pertamanya, saya rasa bersimpati bagi pihak kawan lama, kerana dalam ramai-ramai orang yang ditarbiyyah, dia ditakdirkan berjumpa dengan orang yg seperti yang disebutkan. Tapi percayalah kawan, seorang yang sebegitu tak cukup utk mewakili keseluruhan orang yang ditarbiyyah. Kalau buat sampling, sample size yang kecil tak valid untuk represent the whole population. Jadi instead of berskeptik ngan orang macam tu, apa kata anda dakwahkan je dia? Bagi ayat pedas siket kat dia biar dia rasa tamparan sedikit =)) Satu lagi, rugi kawan rugi, kalau sebab orang yg tersebut tidak menggambarkan ciri-ciri insan ditarbiyyah, anda jauhkan dari satu perkara yang cantik indah menarik yakni tarbiyyah itu sendiri.

Adik : Mak,  tengok tu, kereta tu eksiden sebab orang yang bawak kereta tu main henpon time memandu.

Mak  :Eii.. teruk betul lah kereta tu. Kesian kat driver tu. Ayah kau hari tu cakap nak beli kereta tu lah. Kena cepat tepon ayah ni kata kensel beli kereta tu.

Adik : ……………………………..

Keduanya, saya sedar situasi ini mmg berlaku. Orang yang ditarbiyyah menjadi fitnah kepada tarbiyyah itu sendiri. Tak cakap kat orang lain, ambil cermin letak kat depan muka sendiri gak. Memang kita semua manusia biasa, tidak terlepas dari membuat khilaf dan dosa. Jadi tiadalah lain yang ingin disampaikan melainkan, berhati-hatilah, bila bertindak sebagai agen-agen Islam ini. Jangan kerana kita, orang semakin jauh dengan keindahan Islam dan kemanisan ditarbiyyah.

Cik Z, mai beli produk kecantikan ni. Banyak kelebihan produk ni berbanding yang lain.

Oh saya tahu, cik Z mmg da sedia pakai pencuci muka, tapi ni kita ada extra, pelembab, bedak sejuk dan bagai bagai lagi. Pasti membuat cik Z makin cantik jelita.

Ye apa dia cik Z? Antara byk2 ni saya pakai yang mana? Hmm. erk. Hmm. Bedak sejuk je. Kadang2 tak pakai langsung.

kata cik Z dalam hati : Padanlah muka dia mcm tu. tak nak aku beli………………

Advertisements
Tagged

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: