Perihal Nikah Khitbah

Nikah khitbah.

Pasa satu masa dulu isu ini begitu hangat disebut dalam kalangan remaja. Mungkin juga tidak kurang ramai yang mula memasang hajat untuk bernikah awal di usia muda di mana sesuatu hubungan itu dihalalkan, tetapi tidak menjalani kehidupan berumahtangga sepenuhnya – tinggal berasingan, ditanggung keluarga dsb. Maka kita boleh melihat semakin ramai pasangan yang menjadi ikon nikah muda seawal belasan tahun. Sebahagian  menganggap ini adalah jalan penyelesaian kepada kes kes berkhalwat, berzina dan anak luar nikah.

170220134517

“Apakah pendapat ustaz mengenai nikah khitbah yg bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya fitnah antara pasangan lelaki dan perempuan dan bagaimana utk meyakinkan kedua ibubapa?”

Seorang peserta Seminar Baitul Muslim 2.0 yg sempat saya sertai pada Ahad lepas bertanyakan soalan kepada Ustaz Pahrol Md  Juoi di sesi soal jawab. Saya mengangguk, tanda berminat juga utk mengetahui jawapan dan pendapat dari sisi Ustaz Pahrol.

“Lihat pada matlamat sesebuah perkahwinan itu semula. Matlamat perkahwinan semata-mata untuk mengelak fitnah, menundukkan nafsu, itu salah. Jika benar itu adalah matlamat perkahwinan, jadi mengapa masih ada pasangan yang sudah bernikah, masih melakukan kesalahan zina. Belajarlah untuk mengawal hawa nafsu.”

Ustaz juga menyebut, jangan letakkan kedua ibu apa kita dalam keadaan dilema. Tetapi kalau nak menikah juga, memang perlu sangat sangat utk elak fitnah, buatlah solat hajat dahulu, dan buat proposal siap-siap – sebab kukuh kenapa kena kahwin dan apa kemungkinan kalau tak dapat kahwin. Tapi kalau mak ayah tidak benarkan jugak, wajib taat dan bermujahadahlah!

Jadi apa pula matlamat perkahwinan yang sebetulnya?  Ianya berkait rapat dengan tujuan hidup manusia. Manusia itu diciptakan untuk menjadi khalifah dan pemakmur muka bumi. Sesungguhnya tugas ini adalah berat sehinggakan Allah menawarkan pada langit dan bumi, keduanya telah menolak. Namun Allah telah memudahkan manusia dengan mewujudkan ekosistem manusia yang saling menolong, dan nukleus hubungan manusia yang paling asas adalah keluarga, lantas keluarga akan terhasil melalui perkahwinan.

Sekadar perkongsian. Ini hanya sebahagian dari jutaan mutiara hikmah yang sempat dikutip dari program tersebut. Moga bermanfaat. Allahualam~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: