Hariku

Alarm berbunyi. Bingit. Segera dimatikan bunyi itu. Masih awal. Sekejap saja lagi. Biar aku tidur sekejap saja lagi.

Alarm berbunyi lagi. Aku bingkas bangun dan bersiap untuk tahajudku. Dalam kegelapan itu, tiba-tiba lampu dinyalakan. Tahajudku terganggu.

Ahh, rupanya lampu dihidupkan kawan sebilik. Ku lihat aku masih terbaring malas. Aku bingung. Berfikir.  Lambat-lambat akalku mula mendapat kewarasannya. Mimpi ku menipu aku lagi. Ku lihat jam di telefon, 6.45 tertera. Alamak, ini sudah lewat. Sekali lagi aku bangkit Subuh lewat.  Marah dengan diri sendiri, aku lantas meninggalkan selimut dan bantal. Kalut aku menunaikan solat, lantas bersiap. Kuliah perlu dihadiri dan pelbagai perancangan dalam planner hari ini perlu ditunaikan.

Petang itu aku masuk ke bilik. Suis kipas dibuka, alangkah bagus jika kipas ini boleh sejukkan hati aku yang panas ini juga, aku terdetik. Ku letak buku-buku di atas meja. Beg yang disandang dilurutkan, lalu ku cari telefon di dalamnya. Telefon, mana telefon? Lalu aku terperasan, pasti telefon aku tertinggal di perpustakaan. Sudahlah dimarahi petugas library semasa hendak meminjam buku, tertinggal pula telefon di sana. Apa ini. Semua serba tak kena. Aku beristighfar. Ku pejamkan mata. Pejam rapat. Zikir. Zikir. Hatiku perlahan tenang. Setelah ku rasa sejuk, ku buka langkah perlahan menuju ke perpustakaan semula. Hala tuju selepas ke perpustakaan telah ku tetapkan, berjumpa dengan kak Naqibahku.

Malam itu, setelah selesai urusan, aku masuk ke bilik, bersedia untuk tidur. Wudhu’ sudah diambil, doa sebelum tidur sudah dilafaz, aku tutup mata, tenang. Kata-kata kakak terngiang di kepala. Beralun bersama zikir yang ku baca. Sehingga aku lena.

Alarm berbunyi bingit. Aku buka mata. Lihat telefonku, 5.30 tertera. Aku tersenyum, tenang. Lantas ku bangun. Sempat ku cubit pipiku, memastikan ini bukan mimpi. Lalu aku melangkah ke bilik air perlahan. Wuduk diambil rapi. Qiam, Subuh dan Mathurat. Syukur di pagi ini masih punya nafas. Setelah telekung dilipat, aku mempersiapkan diri. Ketenangan pagi ini terasa luar biasa sekali. Senyuman terukir.

……………………

“Kak, kenapa hari ini saya rasa serba tak kena. Saya mcm tak berapa alert, and banyak cuai”

“Kadang-kadang, kualiti hari kita bersangkut rapat dengan bagaimana kita memulakan hari kita, dik.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: