Category Archives: Hakikat Kehidupan

Antara Rehat, Korea dan dot dot dot

Cik M (bukan nama dalam IC) tersenyum lebar. Beliau yg baru pulang dari Program-yg-dia-jadi-ajk duduk kelegaan di kerusi sambil memandang ke dinding biliknya.

Lepas satu lg tanggungjawab. Lagi nak buat apa petang-petang ni ek. Assignment semua dah setel. Exam lambat lagi. Hmm nak buat apa ye. Hmm minggu ni penat sangat la rasa. Macam-macam perkara kena uruskan. Program itu, program ini. Jadi, petang ni aku ingat nak rehat kejap. Adakah okay kalau aku layan drama korea kejap? Hmm

Cik M pun pergi ke bilik kawannya yg mempunyai hobi melayan semua jenis perkara yg berasaskan korea, lalu menghulurkan external hard disk nya.

“mintak cerita korea sikett” kata cik M.

Bila dah dapat sikit cerita korea, cik M masuk ke bilik dan menutup rapat pintunya. Jam demi minit pun berlalu. Selepas satu episod, cik M menyambung ke episod seterusnya. Berhenti solat, sambung semula, sampai lah tengah malam, dan bila mengantuk, cik M pun mahu masuk tidur. Sebelum tidur, kerana penat menonton cerita korea, cik M lupa membaca doa tidur, tapi sempat berniat, esok aku nak abeskan episod berbaki, lepas ni dah sibuk balik, takde masa dah nak tengok… Dan esoknya, cik M menyambung cerita tersebut, dan seterusnya boleh lah sambung sendiri cerita ni ikut kreativiti masing2. hehe

Di satu dunia lain yang tak nampak dengan mata kasaq…

Cik S (bukan nama dalam IC gak, sbb makhluk ni takde IC), berasa sedih. Minggu ni sangat busy baginya. Semua usaha yang dibuatnya tak menjadi. Puas dia melakukan kerja yang memang dah sebati ngan jiwa dan raganya, kalau nak bagi pangkat, dah lepas PhD lah. Tapi, tak membuahkan hasil pada kali  ini. Cik M begitu kebal dan kental. Panas sungguh cik S melihat kesungguhan cik M bersengkang mata menguruskan program dan segala bagai lagi.

Tak boleh, tak boleh. Kalau cik M rajin sesangat camni, aku kena lagi rajin. Cik S tak pernah putus asa. Rehat? apa tu? cik S tak tahu apa maksud rehat. Kerja nya diteruskan hinggalah satu petang itu, cik S melihat ruang dan peluang terbuka juga akhirnya. Bisikannya untuk melalaikan cik M, terkesan di hati cik M. Cucuk dan cucuk, akhirnya, cik S tergelak besar. Dah berjaya. Masa untuk melancarkan strategi seterusnya. Matlamat masih jauh lagi ni. Berdedikasi sungguh cik S dengan perjuangan nya bukan?

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas”. (Al Hijr: 39–40) 

kita selalu cari masa nk berehat. syaitan tu, tak pernah berehat, tahu? takkan nak kalah dengan makhluk yang Allah sudah janjikan neraka ini?

(ketuk2 kepala sendiri)

Berjuang perlu ikhlas, berehat jangan sampai lalai. Ada sahabat kata, berehat dalam kubur nanti lah. Macam best kan? =)

Advertisements

air

analogi air dan kehidupan tu macam ni

mesti terus mengalir. ada batu sini sana, redah sahaja. terus mengalir sampai jumpa destinasi.

kalau tak, jadi la macam ni

berkeladak…..

nota kaki :

benar, terkadang rasa letih, tidak mampu dan mahu lari dari segala masalah dan tanggungjawab. tapi, bila melihat ujian ujian hebat yg dihadapi saudara kita di timur tengah sana, Allahu, malu.. malu rasanya utk berfikiran sebegitu. mereka terus berjuang, dan ktia pula ke arah mengumpul keladak. makanya janganlah mengeluh terlalu lama.. teruslah mengalir..

versus!

“mimi penah baca x novel versus? “

“pernah dgr tapi x pnah baca. best ke buku tu? buku hlovate kan? “

sy tahu kewujudan buku2 hlovate tp x pnah rasa nk cari. dalam kepala, buku2 cinta jiwang kut.

“bes mimi.. cerita ttg camne watak laki dan perempuan ni berubah 180 degree dr kehidupan lama, men skate board ke kehidupan yg lebih diredhai. watak utama dia minn bla bla bla..” roza yg sememangnya mmg suka bercerita mula lah start dr kulit depan sampai kulit blakang buku tu kot. huhu ok gak, tak sepi perjalanan pulang dr main camp ke kolej.

Bila dah dgr cerita roza, rasa mcm dah baca satu buku. but still, rasa nk beli jugak. lalu mula la pencarian ku. berbekal voucer hadiah dr perdana menteri kt yg baik hati, asal jumpa kedai buku, cari versus. tapi x jumpa, mungkin sbb buku tu dah lama.. kawan sy baca waktu sekolah menengah lagi….

hingga lah baru-baru ni pergi ke Pesta Buku Islam di Putrajaya, bertemu jua dengan buku versus yg dicari-cari. excited2. pulang dan simpan elok2 di rak buku, sbb kerja terlalu byk utk disetelkan. masa pula seakan berlari laju minta dikejar.

dan tadi, harus pulang ke rumah atas urusan kekeluargaan dan meleraikan sedikit keserabutan di kampus, sy mencapai buku versus, koyakkan balutan plastiknya dan masuk ke dalam bag sebagai peneman.

sepanjang perjalanan serdang-rembau, sy ralit menyelak dari satu muka surat ke satu muka surat. okey, kisah cinta. tapi, sarat mesej dakwahnya.

Alhamdulillah bila selesai baca, saya mendapati buku ini sangat sangat bermanfaat untuk diaplikasi dalam kehidupan. Bukan novel biasa. Kisah perubahan/penghijrahan yang digarap dengan tersusun.

Bercakap mengenai perubahan, sy melihat, orang sekeliling sy, mereka dekat sgt dah pada perubahan. jika lukis graf, sikit lg nk sampai turning point. tapi seolah olah ada yang menarik mereka dr menuju turning point itu. mungkin jika boleh sy cuba memahami berdasarkan pengalaman yg tak seberapa, boleh kiranya sy masukkan dalam senarai, antara puncanya

1.persepsi org terhadap kita, terutama yg rapat dgn kita.

2. risau boleh istiqomah atau tidak.

3. malunya, byk tak tahu, segan ngn org yg baik2 yg lain yg mcm byk sgt ilmu.

4. takut org xnak dekat.

sebahagiannya lah ni. pasti ada 1001 sbb lagi kan. Allah.. teman2, ketahuilah, sungguh, to make a first step mmg selalu susah. tp keindahan selepas itu sgt lah menenangkan. belum citer keindahan yg bakal diperoleh di akhirat kelak, insyaAllah.

teman2, jika soal pengetahuan yg anda risaukan, ketahuilah, merangkak mencari jalan kebenaran tu sebenarnya sungguh seronok.

jika sekarang, anda sedang berpacaran, dan anda ingin menjejak turning point dlm hidup, tp anda sgtlah x sanggup utk meninggalkan si dia.. cinta. cinta sungguh, tak boleh hidup lah pendek kata tnpa si dia. Haa, nanti2 dulu la kata anda sudahnya. benar? ahh memang susah. siapa kata mudah. kalau ada kudis, gatal2, garu sedap kan? tp luka lepas tu pedih kan? kena air lagi pedih.. tp if sapu ubat elok2, pedih kan? tp ofkoz lah effect dia, hilang kudis tu, kulit pun sihat kan..( hmm, cam x proper lak contoh ni haha) begitu jualah dgn isu ni. ini lebih kpd yg mana bila di saran kawin, jwapan nya xmampu lagi..belum masa lagi.. bak sini 10 ribu.. huhu tp andai semampunya boleh menikah, pastinya, itu jalan terbaik! kemudian carilah titik perubahan bersama 🙂

contoh lain pula, jika sekarang, anda melihat teman2 len lancar laju membaca al mathurat, melihat buku mathurat tp mata terpejam,  nampak sgt dah hafal, tp anda merangkak, dari satu ayat ke satu ayat, terbehenti kejap sbb x dapat ikut, tup tap dah habis je.. sbb dulu tak sekolah agama, tak amalkan pun mathurat dlm kehidupan seharian, jadi segan itu menebal. tapi anda jgn tak tahu, mereka itu juga sebelum menghafal, merangkak juga seperti anda sekarang. proses itu semua org lalui.. pada akhirnya anda akan senyum sendiri, mengenang proses merangkak anda itu.. bgaimana ia membawa anda pada hari ini….

jadinya, carilah turning point anda. perkara yg baik Allah pasti mudahkan. suka juga sy promote buku versus ini, it’ll motivate u well.

buat awak yg mahu berubah

berubahlah, walaupun payah

berubahlah, ke arah hidup lebih indah

hidup dan masa muda di dunia sekali cuma

sanggup sia siakan tanpa redhaNya?

Versus; Hlovate~

Perubahan

Sambil sy dan mama masak2 juadah untuk berbuka, tiba mama mengeluarkan statement.

mama : along…dah kawen. angah…dah kerja. adik…dah nk fly…..

**krik krik. Bunyi cengkerik (xde pun benarnya)….senyap sepi…**

monolog sy: ayat mama cam tergantung je.. apa yg mama nk cakap ni.. tahu la org tak de perubahan besar apa2 buat masa nih…huhu nk kerja? 2 tahun agi nk abes blaja kut, fly? mmg tak a.. tapi kalau kawen tu….

saya : ma nak suruh alang kawen gak ke?? haha

mama : haa! da ade calon ke?

saya : hahhaha~~

tak tahu nak cakap pa dah. huhu

mungkin alang ni nampak statik je kan dlm hidup buat masa ni, sbb tu mama kata begitu dgn ayat x habis. huhu. lek ma, doakan saja alang berjaya dunia dan akhirat..

nak buat perubahan mcm adik beradik len buat mungkin lambat agi.. tp perubahan dalaman yg sebahagiannya mungkin tak terzahirkan tu dalam proses………

Oh ye..diam x diam dah nk masuk hari ke 6 Ramadhan. Masa, pantas sungguh meninggalkan kita. Moga setakat ini amal yg dilakukan diterima Allah dan mendapat rahmatNya. Rasa cam best kan syaitan kena ikat bulan puasa ni. Tapi ingt, kawan syaitan, nafsu dlm diri kita ni masih ada. Hati-hati, dia akan menguasai kita bilamana kita lalai. Ya Allah janganlah jadikan kami dalam kalangan orang yg lalai dan rugi.

salam ramadhan kareem

selamat berpuasa! 🙂

 

p/s : marilah kita jangan makan sampai tersandar time berbuka, Allah tak suka orang yang berlebih-lebihan tau (7:31).

Ctrl + Alt + Z

 

Seringkali bermain dengan adobe photoshop, sy tidak pernah risau untuk membuat silap. Kadang kala sengaja membuat kesilapan, trial and error demi mendapat hasil yg baik. Ia adalah kerana, bila saja sy membuat kesilapan, sy tahu wujudnya cara untuk kembali semula kpd keadaan yg asal, iaitu hanya menekan Ctrl + Alt + Z. (undo button)

 

 

Tapi hakikat kehidupan tidak begitu. Tidak mungkin kita bisa berundur semula kpd keadaan yg asal setelah kita membuat sesuatu keputusan. Tidak mungkin sama sekali.

 

Oleh kerana itulah, membuat sesuatu keputusan dalam kehidupan yg penuh kedilemaan ini sememangnya sangat sukar untuk sy. Benar, bukan kehidupan namanya jika hidup tiada ujian dan cubaan. Kerana dilema yang sering wujud inilah yg membuatkan diri sering menjadi serba salah dalam setiap apa yang dilakukan. Serba salah bukan kerana apa yang dibuat itu salah (kadang-kala berlaku kesalahan), tetapi serba salah dalam mahu menilai dan membuat keputusan untuk diberi fokus dan lebih perhatian.

 

Kerana, setiap keputusan yang diambil akan mengakibatkan natijah yang tersendiri. Sama ada baik atau buruk, banyak yang baik atau banyak yang buruk, kesan jangka pendek atau panjang, semua itu perlu menjadi timbang tara.

 

Pembelajaran dari sekolah kehidupan. Dahulunya, seorang sy ini sering melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang. Sering berbuat sesuatu mengikut keinginan sendiri. Dan natijah dari kesilapan-kesilapan dahulu, ia sering mendatangi fikiran pada masa kini walau sekuat mana cuba lupakan. Walau seboleh-boleh cuba untuk melihat ia dari sisi positif, tapi tetap, ia adalah kesilapan yg dikesali. Dan sungguh, perasaan kesal itu bukanlah perasaan yg menyenangkan.

 

Tiada Ctrl + Alt + Z dalam kehidupan ini.

 

Hanya pada Allah segala pergantungan. Moga setiap pilihan dan keputusan kita, mendapat redhaNya.

…..

Teman Melangkah

:: let the picture tells the story ::

Kisah Luqman Al Hakim dan Anaknya

Pada suatu hari Luqman al Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata,

“Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula,

“Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang ajar anak itu.”

Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,

“Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh karena tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,

“Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman al Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan celoteh mereka, katanya,

“Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”

Advertisements