Kecemase

Pada suatu pagi yang indah, di sebuah hospital kerajaan di Kelantan, seorang pakcik yang dikenali sebagai pokcik A yang menghidap kencing manis keluar dari perkarangan hospital selepas melakukan pemeriksaan kesihatan. Dalam hati pokcik A mengeluh,

mace mano la kawe boleh ada kece manih ni, huk aloh..

cartoon_ambulance

Tiba-tiba pokcik A terdengar siren ambulans. Kelihatan van ambulans bergerak laju ke arah pintu hadapan wad kecemasan, di mana tidak jauh dari tempat pokcik A berdiri. Keluar dari van itu adalah jururawat yang mengusung katil dengan pesakit lelaki terbaring di atasnya. Lantas pokcik A mendekati salah seorang jururawat yang tergesa-gesa turun dari van tersebut lalu bertanya,

hok gapo dio denge ore tu? sakit gapo?

Jururawat yang juga fasih berbahasa Kelantan menjawab cepat-cepat sambil beredar,

Oh pokcik, ado kecemase ni, maaf deh pokcik..

Pokcik A mengangguk, lalu berbisik dalam hati,

Kiro kawe nih patut bersyukur la deh ado kece manih jah, kalo kece mase, sampai kena berbaring naik ambulan di bawo ko sepital….

Aha, cerita dongeng je nih. Lecturer kawe ore klate yang hok cito. Kawe rasa kelaka pulak jd kawe share dengan menambah siket2 perasa. Hok pengajaran dalam kisah ni ialah bersyukur dgn apa yang kita ada. Eh, ye ke. huhu. Cuma terfikir, dalam hidup ni even dalam bahasa apa pun kita berkomunikasi mmg selalu terjadi banyak kesalahfahaman kan. Just try to minimize it, and live with it~

kecemase yg nurse sebut = kecemasan

kece mase yg pokcik tafsir = kencing masam

Advertisements

Perihal Nikah Khitbah

Nikah khitbah.

Pasa satu masa dulu isu ini begitu hangat disebut dalam kalangan remaja. Mungkin juga tidak kurang ramai yang mula memasang hajat untuk bernikah awal di usia muda di mana sesuatu hubungan itu dihalalkan, tetapi tidak menjalani kehidupan berumahtangga sepenuhnya – tinggal berasingan, ditanggung keluarga dsb. Maka kita boleh melihat semakin ramai pasangan yang menjadi ikon nikah muda seawal belasan tahun. Sebahagian  menganggap ini adalah jalan penyelesaian kepada kes kes berkhalwat, berzina dan anak luar nikah.

170220134517

“Apakah pendapat ustaz mengenai nikah khitbah yg bertujuan untuk mengelakkan dari berlakunya fitnah antara pasangan lelaki dan perempuan dan bagaimana utk meyakinkan kedua ibubapa?”

Seorang peserta Seminar Baitul Muslim 2.0 yg sempat saya sertai pada Ahad lepas bertanyakan soalan kepada Ustaz Pahrol Md  Juoi di sesi soal jawab. Saya mengangguk, tanda berminat juga utk mengetahui jawapan dan pendapat dari sisi Ustaz Pahrol.

“Lihat pada matlamat sesebuah perkahwinan itu semula. Matlamat perkahwinan semata-mata untuk mengelak fitnah, menundukkan nafsu, itu salah. Jika benar itu adalah matlamat perkahwinan, jadi mengapa masih ada pasangan yang sudah bernikah, masih melakukan kesalahan zina. Belajarlah untuk mengawal hawa nafsu.”

Ustaz juga menyebut, jangan letakkan kedua ibu apa kita dalam keadaan dilema. Tetapi kalau nak menikah juga, memang perlu sangat sangat utk elak fitnah, buatlah solat hajat dahulu, dan buat proposal siap-siap – sebab kukuh kenapa kena kahwin dan apa kemungkinan kalau tak dapat kahwin. Tapi kalau mak ayah tidak benarkan jugak, wajib taat dan bermujahadahlah!

Jadi apa pula matlamat perkahwinan yang sebetulnya?  Ianya berkait rapat dengan tujuan hidup manusia. Manusia itu diciptakan untuk menjadi khalifah dan pemakmur muka bumi. Sesungguhnya tugas ini adalah berat sehinggakan Allah menawarkan pada langit dan bumi, keduanya telah menolak. Namun Allah telah memudahkan manusia dengan mewujudkan ekosistem manusia yang saling menolong, dan nukleus hubungan manusia yang paling asas adalah keluarga, lantas keluarga akan terhasil melalui perkahwinan.

Sekadar perkongsian. Ini hanya sebahagian dari jutaan mutiara hikmah yang sempat dikutip dari program tersebut. Moga bermanfaat. Allahualam~

Kerudung, Shawl, Selendang, Hijab, Telekung, Kotak

Ya aku itu berasa begitu terganggu sekali ya bila mana melihat di televisyen bagaimana hijab itu difesyenistakan dan distailistakan sehingga lari dr garisan syariat.

Bilamana hosnya mengatakan hijab yang pelbagai kini menjadi instansi fesyen muslimah yang menutup aurat, yang aku lihat juga kejelasan bentuk tubuh dan batang lehernya hijabers tersebut.

Stailista kah stailistu kah, menurut aku itu anda akan lebih staaaill bilamana garisan syariat itu dipatuhi. Bagaimana ya syariat yang perlu dipatuhi itu?

And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands’ fathers, their sons, their husbands’ sons, their brothers, their brothers’ sons, their sisters’ sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed. An Nur (24:31)

Atau pun mudah kata pakaian yang kamu pakai keluar ke khalayak itu boleh juga dibawa solat tanpa memerlukan lagi telekung.

Aku juga hijaber. Cuma tidak punya kecenderungan dalam berfesyen. Kamu punya, maka manfaatkan sebaiknya. We know that we can attract people and show the sweetness of Islam. It just that if we wanna do it, do it right.

senyum~

Image

Ini bukan aku haha.. Ini gambar Kak Oki aku cekup di fb. Ini staaaiill

oh ya, Kerudung, Shawl, Selendang, Hijab, Telekung, Kotak adalah famili yg sama, if you wonder.

Borang soal selidik

Cuti semester yg terakhir sepanjang bergelar undergrad student ini telah diisi dengan mengumpul data bagi thesis tahun akhir. Memilih murid murid sekolah rendah sebagai responden, memang memenatkan tapi tetap rasa terhibur dengan telatah mereka. Budak budak tahu la kan macamana…

 

230120134412

 

 

060220134468

 

 

 

060220134472

 

 

So malam tadi sedang kusyuk key in data dari questionnaire yang adik adik ni duk isi, jumpa lah yang ini, satu je kes yang lain dari yang lain.

 

140220134512

 

Aha, geli hati akak ni haa. Kawan kawan yang lain semua berusaha tick kat kotak yang berbeza2, tapi adik memang stail lah. Sekolah rendah pun dah start buat camni. Tapi takpe akak faham sebab akak pun selalu buat~

 

selepas hujan

hujan mula turun renyai
basah bumi tempat ku membesar
di keruangan yang sama
pada masa yang berbeza
lihat di depan rumah itu
kita ke laman
mandi hujan curahan Tuhan
 
akan tiba pula masa
jika ada izin dariNya
memori yang kita punya
jadi milik generasi seterusnya
 

140220134507

Dalam Dakapan Ukhwah

Ketika kubaca firmanNya, “Sungguh tiap mukmin bersaudara”
Aku merasa, kadang ukhuwah tak perlu dirisaukan
Tak perlu, karena ia hanyalah akibat dari iman

Aku ingat pertemuan pertama kita, Akhi sayang

Dalam dua detik, dua detik saja
Aku telah merasakan perkenalan, bahkan kesepakatan,
Itulah ruh-ruh kita yang saling sapa, berpeluk mesra
Dengan iman yang menyala, mereka telah mufakat
Meski lisan belum saling sebut nama, dan tangan belum berjabat

Ya, kubaca lagi firmanNya, “Sungguh tiap mukmin itu bersaudara”
Aku makin tahu, persaudaraan tak perlu dirisaukan

Karena saat ikatan melemah, saat keakraban kita merapuh
Saat salam terasa menyakitkan, saat kebersamaan serasa siksaan
Saat pemberian bagai bara api, saat kebaikan justru melukai
Aku tahu, yang rombeng bukan ukhuwah kita
Hanya iman-iman kita yang sedang sakit, atau mengerdil
Mungkin dua-duanya, mungkin kau saja
Tentu lebih sering, imankulah yang compang-camping

Kubaca firman persaudaraan Akhi sayang
Dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
“Para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
Kecuali orang-orang yang bertaqwa”

– Salim A. Fillah, ‘Dalam Dekapan Ukhuwah’

 
Image

Terlalu

apa yang baiknya dgn terlalu?

terlalu gembira buat kita lupa erti syukur
terlalu sedih buat kita lupa apa itu redha
terlalu cinta manusia buat kita lupa cinta Pencipta

apa yang baiknya dengan terlalu?

terlalu takut membataskan kemampuan kita
terlalu diam dipijaknya kita
terlalu berkata ada yang terluka

lalu, apa yang baiknya dengan terlalu? berikan aku jawapannya. Kerana aku ini

terlalu ingin tahu.

Agen-agen Islam

Pada suatu pagi yg hening, saya sudah dipaksa memerah neurons neurons yg masih dalam mood tidur oleh seorang kawan lama. Beliau bertanyakan mengenai orang yang mengikut tarbiyyah, pung pang pung pang di pentas umum tapi dalam bilik sendiri, kadang kadang subuh pun langgar. Saksi dengan mata sendiri katanya. Dalam berkawan pula memilih, tak bergaul dengan yang biasa-biasa. Dan ayat penyudah soalannya yang sentap, macam mana kita nak ikut tarbiyyah kalau orang yang ditarbiyyah pun macam tu?

Ah sudah,  rasa macam kena tampar, terkejut abis neurons semua.

Pertamanya, saya rasa bersimpati bagi pihak kawan lama, kerana dalam ramai-ramai orang yang ditarbiyyah, dia ditakdirkan berjumpa dengan orang yg seperti yang disebutkan. Tapi percayalah kawan, seorang yang sebegitu tak cukup utk mewakili keseluruhan orang yang ditarbiyyah. Kalau buat sampling, sample size yang kecil tak valid untuk represent the whole population. Jadi instead of berskeptik ngan orang macam tu, apa kata anda dakwahkan je dia? Bagi ayat pedas siket kat dia biar dia rasa tamparan sedikit =)) Satu lagi, rugi kawan rugi, kalau sebab orang yg tersebut tidak menggambarkan ciri-ciri insan ditarbiyyah, anda jauhkan dari satu perkara yang cantik indah menarik yakni tarbiyyah itu sendiri.

Adik : Mak,  tengok tu, kereta tu eksiden sebab orang yang bawak kereta tu main henpon time memandu.

Mak  :Eii.. teruk betul lah kereta tu. Kesian kat driver tu. Ayah kau hari tu cakap nak beli kereta tu lah. Kena cepat tepon ayah ni kata kensel beli kereta tu.

Adik : ……………………………..

Keduanya, saya sedar situasi ini mmg berlaku. Orang yang ditarbiyyah menjadi fitnah kepada tarbiyyah itu sendiri. Tak cakap kat orang lain, ambil cermin letak kat depan muka sendiri gak. Memang kita semua manusia biasa, tidak terlepas dari membuat khilaf dan dosa. Jadi tiadalah lain yang ingin disampaikan melainkan, berhati-hatilah, bila bertindak sebagai agen-agen Islam ini. Jangan kerana kita, orang semakin jauh dengan keindahan Islam dan kemanisan ditarbiyyah.

Cik Z, mai beli produk kecantikan ni. Banyak kelebihan produk ni berbanding yang lain.

Oh saya tahu, cik Z mmg da sedia pakai pencuci muka, tapi ni kita ada extra, pelembab, bedak sejuk dan bagai bagai lagi. Pasti membuat cik Z makin cantik jelita.

Ye apa dia cik Z? Antara byk2 ni saya pakai yang mana? Hmm. erk. Hmm. Bedak sejuk je. Kadang2 tak pakai langsung.

kata cik Z dalam hati : Padanlah muka dia mcm tu. tak nak aku beli………………

Tagged

Antara Rehat, Korea dan dot dot dot

Cik M (bukan nama dalam IC) tersenyum lebar. Beliau yg baru pulang dari Program-yg-dia-jadi-ajk duduk kelegaan di kerusi sambil memandang ke dinding biliknya.

Lepas satu lg tanggungjawab. Lagi nak buat apa petang-petang ni ek. Assignment semua dah setel. Exam lambat lagi. Hmm nak buat apa ye. Hmm minggu ni penat sangat la rasa. Macam-macam perkara kena uruskan. Program itu, program ini. Jadi, petang ni aku ingat nak rehat kejap. Adakah okay kalau aku layan drama korea kejap? Hmm

Cik M pun pergi ke bilik kawannya yg mempunyai hobi melayan semua jenis perkara yg berasaskan korea, lalu menghulurkan external hard disk nya.

“mintak cerita korea sikett” kata cik M.

Bila dah dapat sikit cerita korea, cik M masuk ke bilik dan menutup rapat pintunya. Jam demi minit pun berlalu. Selepas satu episod, cik M menyambung ke episod seterusnya. Berhenti solat, sambung semula, sampai lah tengah malam, dan bila mengantuk, cik M pun mahu masuk tidur. Sebelum tidur, kerana penat menonton cerita korea, cik M lupa membaca doa tidur, tapi sempat berniat, esok aku nak abeskan episod berbaki, lepas ni dah sibuk balik, takde masa dah nak tengok… Dan esoknya, cik M menyambung cerita tersebut, dan seterusnya boleh lah sambung sendiri cerita ni ikut kreativiti masing2. hehe

Di satu dunia lain yang tak nampak dengan mata kasaq…

Cik S (bukan nama dalam IC gak, sbb makhluk ni takde IC), berasa sedih. Minggu ni sangat busy baginya. Semua usaha yang dibuatnya tak menjadi. Puas dia melakukan kerja yang memang dah sebati ngan jiwa dan raganya, kalau nak bagi pangkat, dah lepas PhD lah. Tapi, tak membuahkan hasil pada kali  ini. Cik M begitu kebal dan kental. Panas sungguh cik S melihat kesungguhan cik M bersengkang mata menguruskan program dan segala bagai lagi.

Tak boleh, tak boleh. Kalau cik M rajin sesangat camni, aku kena lagi rajin. Cik S tak pernah putus asa. Rehat? apa tu? cik S tak tahu apa maksud rehat. Kerja nya diteruskan hinggalah satu petang itu, cik S melihat ruang dan peluang terbuka juga akhirnya. Bisikannya untuk melalaikan cik M, terkesan di hati cik M. Cucuk dan cucuk, akhirnya, cik S tergelak besar. Dah berjaya. Masa untuk melancarkan strategi seterusnya. Matlamat masih jauh lagi ni. Berdedikasi sungguh cik S dengan perjuangan nya bukan?

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas”. (Al Hijr: 39–40) 

kita selalu cari masa nk berehat. syaitan tu, tak pernah berehat, tahu? takkan nak kalah dengan makhluk yang Allah sudah janjikan neraka ini?

(ketuk2 kepala sendiri)

Berjuang perlu ikhlas, berehat jangan sampai lalai. Ada sahabat kata, berehat dalam kubur nanti lah. Macam best kan? =)

air

analogi air dan kehidupan tu macam ni

mesti terus mengalir. ada batu sini sana, redah sahaja. terus mengalir sampai jumpa destinasi.

kalau tak, jadi la macam ni

berkeladak…..

nota kaki :

benar, terkadang rasa letih, tidak mampu dan mahu lari dari segala masalah dan tanggungjawab. tapi, bila melihat ujian ujian hebat yg dihadapi saudara kita di timur tengah sana, Allahu, malu.. malu rasanya utk berfikiran sebegitu. mereka terus berjuang, dan ktia pula ke arah mengumpul keladak. makanya janganlah mengeluh terlalu lama.. teruslah mengalir..